Posts

Cabaran Perpustakaan Di Era Pandemik Covid-19

Image
     Assalamualaikum....     Mari kita lihat cabaran saya sebagai pembantu pustakawan menghadapi cabaran ini...      Pandemik Covid-19 telah melanda dunia semenjak Disember 2019. Justeru itu seluruh dunia telah terjejas tidak terkecuali Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan adalah salah satu method yang digunakan bagi mengawal jangkitan Covid-19. Disebabkan itu ramai yang terpaksa berkerja dari rumah bagi yang bukan dari essential service. Bagi yang bekerja di sektor sosial seperti perpustakaan adalah menjadi cabaran untuk menyediakan perkhidmatan.     Walaupun perpustakaan dibuka, banyak SOP yang perlu dipatuhi termasuk bilangan pengguna yang boleh masuk ke fasiliti perpustakaan. Tidak kurang juga dengan penjarakkan sosial yang perlu di amalkan. Petugas perpustakaan mesti memastikan setiap SOP dipatuhi.